Bonjour!
D'boardFollow
ѕᴀʀᴀн oвѕᴇѕιcĸ


Take.A.Note


Jangan pernah menilai seseorang itu dari kisah silamnya dan janganlah kamu mematahkan semangat seseorang yang ingin berhijrah (kembali kepada fitrah) kerana mereka masih mempunyai hati yang mahu mencari redha Allah SWT.




. B U S I N E S S . R E V I E W .

FB PAGE : OBSESICK.Shope
Credit To


Blogskin Review : LOVE.STORY
Picture Of : WeHeartIt
Designed By : AINUN SARAH












Bye Ramadhan :'( Hi Syawal :D
| Tuesday, August 14, 2012 | 0 comments
Assalamulaikum.Hey Fellas!

Okay,rindu nak update blog,so kena update jugak sebab penting sangat.Actually nak tayang blogskin baru kat blog Sara nie.Amacam? Enjoy? haha,okay2..Back to the title.jyeahh.

Dan Sara baru perasan,Ramadhan tahun nie terlalu cepat sangat berlalu.Tak rasa macam sebulan jaa umat Islam berpuasa.Hakikatnya kita semakin hampir di penghujung Ramadhan Al-Mubarak.Hmm,terasa bahang nak SPM pun ada.Err -,- ..SPM lain punya entry.

Bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh barakah,semua orang tahu kan. Tapi pernah ke kita cuba cari keberkatan di bulan Ramadhan? Puasa yang kita buat selama nie diterima ke tidak? Mesti korang akan terfikir sejenak.Setiap manusia masing2 berebut melakukan ibadah 10 malam terakhir untuk mencari "Malam Lailatulqadar".Adakah anda layak? Tepuk dada tanya iman.Bulan Ramadhan bulan paling mulia,pintu Syurga dibuka eluas-luasnya maka pintu Neraka ditutup rapat tanpa terbuka sedikitpun.Betapa sayangnya Allah SWT kepada manusia.Tapi kita lalai jugak.Taknak cuba improve-kan diri jadi yang lebih baik diantara yang terbaik.

#Ringkasan : Moga-2 semua amalan kita dalam bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah SWT.InsyaAllah,kita sentiasa berada di jalan yang diredhai-Nya :')

Bila Ramadhan pergi,datanglag Syawal untuk bertandang selama sebulan.Actually,bulan Syawal pun ada kelebihannya jugak..Dalam bulan Syawal,semua umat Islam menyambut Hari Raya Puasa,tapi dalam sebulan beraya tuh,kita disunatkan berpuasa Enam (6). Puasa sunat yang sangat dituntut,Pahala pun berganda.Alang-2 ada yang tinggal puasa time bulan Ramadhan,better ganti terus dalam bulan Syawal,InsyaAllah ganjaran pahala Allah SWT janjikan kepada kita semua.Orang yang puasa ganti dalam bulan Syawal,dia akan mendapat ganjaran pahala puasa sunat Enam (6) jugak.Lihatlah betapa sayangnya Allah SWT kepada hambanya.Adakah kita sedar semua ini? Tepuk dada tanya iman.Sudah cukup atau tidak bekalan kita untuk dibawa ke alam Akhirat nanti? Alam Barzakh? Boleh lepas ke? Okay,Sara sendiri rasanya TAK,sebab Sara tau yang Sara belum cukup alaman lagi nak bawak pegi sana.
Hmm,so janganlah sia-siakan masa anda untuk duniawi sahaja.Sangatlah rugi orang yang besifat Duniawi.

Petang tadi Sara ada tonton Astro Pelangi,(142) - Islam Itu Indah.Orang yang berpuasa Enam (6) ada tiga golongan dan kebaikannya :)
  1. Orang yang berpuasa pada awal bulan
  2. Orang yang berpuasa pada tengah bulan
  3. Orang yang berpuasa pada hujung bulan
Lalu dia mengatakan kebaikan puasa pada masa tersebut :-
  1. Orang itu akan mendapat ganjaran pahala puasa Enam (6)
  2. Orang itu mendapat lebih ganjaran pahala kerana berpuasa Enam (6) pada hari Putih,iaitu 13,14,15 Syawal. (tak silap Sara)
  3. Orang itu membuatkan syaitan-2 menangis kerana menyangka dia tidak akan berpuasa Enam (6)

#Ringkasan : Sentiasalah mengerjakan amalan sunat selepas melakukan amalan yang wajib,InsyaAllah,Syurga ganjaranya.Yang penting,beribadah kerana Allah SWT.

- Sekian -
Okay,Sara mengaku yang Sara tidaklah sempurna.Tapi apa yang Sara tulis adalah daripada hati Sara,takda copypaste ayat orang kecuali pasal kelebihan bulan Syawal jaa.Sara minta maaf kalau ada terasa hati dengan kata-2 Sara di atas.Harap dapat maafkan Sara.Anyway,Happy Eid Fitr fellows :D

Older Post | Newer Post