Bonjour!
D'boardFollow
ѕᴀʀᴀн oвѕᴇѕιcĸ


Take.A.Note


Jangan pernah menilai seseorang itu dari kisah silamnya dan janganlah kamu mematahkan semangat seseorang yang ingin berhijrah (kembali kepada fitrah) kerana mereka masih mempunyai hati yang mahu mencari redha Allah SWT.




. B U S I N E S S . R E V I E W .

FB PAGE : OBSESICK.Shope
Credit To


Blogskin Review : LOVE.STORY
Picture Of : WeHeartIt
Designed By : AINUN SARAH












Cinta Dan KasihSayang
| Sunday, August 12, 2012 | 0 comments
Assalamualaikum.Bonjour Les Amis!

Cinta adalah anugerah yang Allah SWT berikan kepada manusia.Tanpa cinta,manusia pasti jauh dengan Allah SWT,tanpa cinta manusia tidak akan berkembang sehingga sekarang.Betapa besarnya maksud cinta nie kan? Jangan salahkan cinta jika kita putus dalam suatu hubungan,salahkan diri sendiri kerana kita yang menzalimi cinta,bukan cinta menzalimi manusia.Ingatlah wahai teman-2,cinta itu tidak kejam.Tetapi manusia yang kejam kerana CINTA.

Dan apabila kita mencintai Allah SWT,akan terbit sebuah rasa kasih sayang yang sangat indah dan bahagia dalam diri kita.KASIH SAYANG juga anugerah Allah SWT kepada manusia supaya saling mengasihani antara satu sama lain.Kita perlu bijak membahagikan kasih sayang sesama manusia.Jangan disebabkan kasih kepada manusia,kita lalai sehingga kita alpa kasih sayang kita kepada Allah SWT.

Cinta dan kasih sayang tidak boleh ditawar menawar seperti barang kerana perasaan itu datangnya dari hati,bukan dari mulut yang hanya boleh berkata semata-mata tapi tidak ditunjukkan melalui perbuatan.Hargailah sebuah perhubungan anda antara cinta dan kasih sayang.Setiap perbuatan kita di dunia pasti akan dibalas samada baik atau buruk,terserah pada diri masing2.Jika kebaikan yang dia lakukan,maka baiklah ganjarannya dan sebaliknya :)

Cinta boleh melemahkan manusia,Cinta boleh membutakan manusia,Cinta boleh melalaikan manusia tetapi Cinta yang diredhai oleh Allah SWT ialah Cinta yang menguatkan iman manusia,Cinta yang mencelikkan manusia dan Cinta yang buat manusia sentiasa ingat kepada-Nya.Itulah cinta yang perlu kita cari,bukan cinta kerana manusia tapi biarlah kita mencintai seseorang itu KERANA ALLAH SWT.InsyaAllah,bahagia dunia akhirat :)



Older Post | Newer Post