Awesome Date!
Assalamualaikum.Hi Fellas!
Tahukah anda,sara sedang menunggu tarikh 20122012 ? Cantik kan tarikh tuh? Yeahh,it's awesome date for my best friend's.Dia sahabat sara dari kecil sehingga kini,InsyaAllah sahabat sehingga ke Syurga. Itu yang sara inginkan.Dia sangat beruntung kerana dapat merasai tarikh ulangtahun yang cantik yang menjadi rebutan buat orang lain yang ingin melangsungkan perkahwinan.Tidak lama lagi dia akan mencecah usia 17 tahun.Yeah,dia paling muda dalam kelas,tapi lagak gayanya seperti seorang perempuan yang berumur 20-an.Sara bangga menjadi sahabat dia walaupun kami pernah ada krisis antara satu sama lain,semuanya berpunca daripada sara.Akhirnya kami dapat menyelesaikan dengan cara yang baik.
Kepercayaan , Keikhlasan dan Setiakawan seorang sahabat perlu dijaga dengan baik.Saling berkongsi masalah jika ada sesuatu yang tidak dapat ditanggung seorang diri.Walaupun lagak gayanya tidak seperti mendengar ketika kita sedang meluahkan,hakikatnya dia sedang berfikir cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah kita.Sara tahu,dia seorang yang ceria walaupun kadang-kala dia seolah-olah suka menyendiri.Sara dapat faham dia bila cuba bertanyakan kepada dia kenapa? Alhamdulillah,jawapan yang dia beri tidak seperti yang sara fikir.Sara tahu kadang-kadang sara ada buat dia terasa hati walaupun dia tak tunjuk rasa yang sebenarnya di hadapan sara. Sara selalu perhatikan dia dari jauh walaupun sara sering rasa cemburu apabila dia rapat dengan orang lain.Alhamdulillah,sara boleh berfikiran positif bila sedar yang kita tak boleh berDENGKI dengan orang lain.Cepat-cepat sara buat perasaan aneh itu supaya persahabatan sara dengan dia tetap berjalan lancar. :')
Sara tulis entry nie khas untuk sahabat sara. Sesungguhnya sara sedang menunggu tarikh ulangtahun dia yang ke-17.Bukan apa,sara takut lepas nie susah untuk kami berjumpa kelak,maklumlah masing-masing sibuk dengan hal sendiri apabila tamat sahaja peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Hope tarikh itu akan berikan kenangan yang terbaik untuk dia sehingga akhir hayat.And I hope,our friendship will not over. I l♥ve you friend's until my last breath :')
Maafkan segala perbuatan aku selama nie.Aku banyak buat salah dengan kau,aku banyak buat kau rasa bersalah kat aku even semua tuh salah aku.Aku dah berdosa kat kau sebab kadang-kadang aku ada kutuk kau dari belakang dalam sedar atau tak sedar.Aku harap kau dapat maafkan aku,aku sayangkan kau sangat-sangat.Aku taknak friendship kita berakhir begitu saja.Aku minta maaf sangat dengan kau,dan aku harap sangat kau dapat maafkan aku.Aku tak kisah kau anggap aku sekarang sebagai apa. Tapi bagi aku ,kaulah sahabat baik aku yang pernah aku ada sekarang. :') ♥♥♥♥
Especially for Nurnadia Binti Che Me
