Bonjour!
D'boardFollow
ѕᴀʀᴀн oвѕᴇѕιcĸ


Take.A.Note


Jangan pernah menilai seseorang itu dari kisah silamnya dan janganlah kamu mematahkan semangat seseorang yang ingin berhijrah (kembali kepada fitrah) kerana mereka masih mempunyai hati yang mahu mencari redha Allah SWT.




. B U S I N E S S . R E V I E W .

FB PAGE : OBSESICK.Shope
Credit To


Blogskin Review : LOVE.STORY
Picture Of : WeHeartIt
Designed By : AINUN SARAH












Acah Acah =="
| Wednesday, June 26, 2013 | 0 comments

Assalamualaikum. Hey Fellas!

Alhamdulillah.setelah sekian lama aku tidak menulis (type actually) di blog ini,akhirnya dapat jugak nak karang ayat-ayat karut aku kat sini. Hahha.. Rindu aku? Terima kasih walaupun aku tak tahu korang rindu aku ke tak. Lantak laa nak rindu atau tak,yang penting aku dapat TYPE STORY kat blog aku sendiri. Okay,jangan close tab lagi. Aku belum story pape. Tunggu loading jap k,dan bacalah apa yang aku nak merepek kejap lagi. Yang penting korang suka baca blog aku. Hewhew (memang poyo gila ayat aku -,-)

*Introduction yang sangat membosankan,apalagi takda point langsung



Dah,tak payah tunggu nak tengok gambar kat atas tu sebab memang hanya gambar semata :p Hahhaha. k tak lawak. Berbalik kepada cerita yang aku nak cerita. Let's read and joy hopefully.


27 Mei - 10 Jun 2013
Bermulanya perjalananku dari KL ke KMPh, mama,bapak dengan abang aku yang chef tu hantarkan aku ke sana. Aku rasa excited pun ada sebab nak sambung belajar. Hehe,excited laa sangat -,- Sampai KMPh dalam pukul 10 lebih-lebih sikit camtu laa. First time aku masuk KMPh,yang pertama aku cakap kat mama aku ialah "Besarnya kolej nie maa". Actually tak besar mana pun,sebab pusing je lebih nak cari blok asrama aku punya pasal. Hahhaha. Err, abaikan.. Haa,dah parking terus ke tempat pendaftaran. Dengan blurr nya aku,maklum laa tak biasa semua benda kena buat sendiri. Selalunya,ada cikgu yang dok tolong regist untuk students. Hehhe,manja jugak aku ni. Then,lepas daftar terus pergi amik kunci bilik asrama and then terus pergi cari dimanakah bilik aku tu. Hewhew.. Nak tau nombor bilik aku berapa? Taknak tau? Emm,okay2. Tapi aku nak bagitau jugak,sebab nak cerita punya pasal. Ni no. bilik aku "C1T303". Guest what? 3rd floor okay! Hahha,memang suka pun naik turun tangga.Dengan rasa bangganya aku dengan sorang budak entah dari mana masa tu, aku tak sempat kenal lagi merasmikan bilik itu. Lepas buka jaa pintu,aku dengan 1st roommate aku pilih katil membelakangi pintu. Hehe,bijak tak kami berdua? :p  Siapa cepat dia dapat. 
Then kitorang turun sesama untuk meet up dengan parents masing-masing, so dari situlah aku kenal si Nazirah ni. First look aku tengok dia,aku ingatkan sombong laa orangnya. Actually,tak langsung. Cakap banyak,suka story macam-macam and aku suka dengar bila dia story pasal diri dia. Awesome girl, adorable, glasses girl, Kpop lover's, and most important is, she really likes Chinese boys. I didn't know why? Hahaha. Lain dari yang lain. Hahhaha. First time aku jumpa kawan macam tu.

Okay,after that,tanpa membuang masa terus aku ajak mama,bapak dengan abang aku angkut barang2 masuk bilik. Hewhew. Nanti lewat pulak kan,maklum laa. First time katakan. Hahhaa.. Then masa nak masukkan barang2 dalam bilik aku nampak ada orang depan bilik aku, merangkap roommate aku jugak. Nama dia Amilah,tapi kitorang panggil dia Milah jaa. Yang terkejutnya, katil sebelah katil dia tu dah siap sarungkan cadar dengan bantal. Cepat betul roommate aku yang sorang lagi tu. Dah siap letak barang aku,terus aku dengan family aku turun untuk lunch selepas family Milah turun. 

Terasa jugak laparnya masa tu sebab breakfast pun makan kacang dengan roti. Mana nak kenyang kan? Hahha. Masa kat kafe, satu family aku makan koeyteow sup. Ermm,not bad laa.. Sedap lagi aku buat sendiri. Hihihi..Tapi yang dasyatnya aku beli air oren 2 dengan air kosong pun 2. Aku pegilah bayar,kasi RM10. Then dapat baki RM5.60. Gila baq hang, kederah duit aku ka apa? Mahal kot air,agak-agak laa nak jual pun. Hmm. Tak tau laa dia silap kira ka apa. Aku ni jenis amik duit,then duduk tempat aku,lepastu baru pikiaq harga apa semua. Teruk jugak aku ni. HAHAHAHA. *Mohon jangan tiru cara aku :p Lepak kat kafe dengan family sampai pukul 1 lebih-2 camtu laa before diorang nak bertolak balik KL. Masa parents dengan abang aku nak balik tu,pelik jugak laa. Setitis air mata pun tak jatuh. Excited lebih sangat katakan. Hewhew..Lepas habis salam apa semua bagai,barulah family aku BYEBYE kat aku. Yang aku terus naik bilik,alang-alang nak tunggu buat kad matrik. Masa aku naik masuk bilik tu takda sesapa, and then family Naz datang dengan bawak barang2 dia apa semua. Yang bagusnya,lepas dia bawak masuk barang,terus dia punggah and kemaskan barang2 dia bubuh dalam locker. Aku just tengok je laa,padahal boleh jaa aku nak punggah barang2 aku, tapi terasa malas pulak nak kemas awal-2 masa tu :p

Lepas family Naz dah balik, Milah pulak masuk bilik beberapa minit kemudian,family Milah pun dah balik sebab tu dia naik bilik.. Haa,dari situ kami bertiga dah mulakan "CONVERSATIONS EACH OTHER". Ternyata roommate aku tu setail cakap banyak jugak. Hhahaha. Tak sangka dapat roommate sekepala dengan aku. Tapi yang pelik tetiba aku jadi pendiam,yelah kan Milah dengan Naz stay Sungai Petani. Haa,memang takla aku nak menyampuk. Jadi blurr kejap time tu.

Okay,masa untuk sesi pengambaran kad matrik,kami bertiga pegi dewan kuliah kecil 3 (DKK3). Agak membosankan dan panas jugak laa even ada aircond. Padat dengan manusia dalam dewan tu. Huhu. Okay,abaikan. Sesi pengambaran dah tamat,bersedia untuk aktiviti petang. *nak story satu-satu memang takla.

Malam sudah berlalu,semua aktiviti untuk hari tu dah selesai. Masing-masing masuk bilik,hari pertama dah tidur lewat,nak dekat pukul 1 pagi. Esok nak kena bangun pukul 4 pagi. Errr. Tapi, first day night tulah paling awesome,masing-masing dah macam saling kenal. Ohh,lupa nak bagitau. Roommate aku yang terakhir,Syamimi.. Dia budak Negeri Sembilan (N9). Kitorang panggil dia Mimi. Seorang yang periang. Comel bila dia senyum sebab pipi dia nampak bambam. Hehehe. Mimi ni budak atlit,obses betul dengan acara balapan. Aku? Herrrh,memang nak arr nak lari-2 bagai,semput. Hahhaha. Now,cukuplah roommates aku, Naz,Milah dan Mimi. First time aku dapat roommates yang awesome macam diorang. Wiwitt :*

Orentasi berlangsung selama seminggu. Seriously aku tak suka hari orentasi sebab dok tau dah,memang akan kena buli. Hmm,tapi redha jelaa. Budak junior katakan,memang akan dibuli. Sabtu & Ahad esoknya cuti,sebelum bermulanya PnP di KMPh. Hari Sabtu tu aku hangout dengan Milah dan kawan2 sekolah dia. Okay,first time hangout ke bandar Kuantan,kitorang naik bas rapid. Perghhh,memang tak arr kalau tak penuh kan? Semua pakat nak hangout,sampai bas tu aku tengok macam nak terjunam dalam tanah -,- Hahaha,k tak lawak. Yang sedihnya,kebanyakan kedai tutup. UTC pun tutup. amat menyedihkan,tapi kitorang tetap enjoy ! YEAHHHH :D

Hari Ahad, 2 Jun 2013,di mana buat kali ketiga Rayyan cuba curi hati aku. Dan akhirnya dia berjaya. *Tepuk tangan kuat-2* *Yeayyyy* ^_^  Pagi tu jugak aku terima dia untuk jadi sebahagian dari hidup aku. (Macam nak kahwin,tapi kalau memang ada jodoh aku nak kahwin dengan dia) HAHAHAHA . Sumpah gedik nak mampos -,-  Cukuplah sekadar berkongsi cerita yang aku sudah berpunya. Dulu Shahmi,sekarang Rayyan. Hey,I'm not playgirl anymore. Don't ever judge me as what you think now.. Hmm,dah orang tak suka kat kita,kenapa nak paksa? Back to single after 3weeks. But,I'm okay right now. Kan ada Rayyan. Ececey.. (Doakan jodoh kami yea.) Aminnnn :D

Okay,bab Rayyan dah habis,takmau story lebih-2 sebab aku hanya merancang,tapi Allah SWT yang menentukan. 

Esoknya,Isnin.. Bermula lah hari pertama pembelajaran bagi pelajar Matrikulasi..Masa pertama untuk kelas aku Math Lecture. Err, seriously aku cakap aku dah tak ingat apa yang aku belajar masa form5 dulu. AddMath! Errr,rasa macam tak wujud dalam hidup aku. Tapi macam mana pun aku tetap sabar untuk faham jugak. Dalam seminggu kelas berjalan,aku dok rasa aku tak boleh nak catch up 1 year untuk kos akauntasi. Aku mana nak kampoi math lagi. Dahla aku susah nak faham. Belajar kat Matrik pulak jenis kepala otak laju,aku bukan setail lagu tu. Okay,yang ni sedih. Lastly aku buat keputusan untuk BERHENTI MATRIK. Keputusan muktamad,aku tak boleh carry semua subject dalam setahun Aku takut first sem aku boleh kena tendang sebab aku tahu addmath aku lemah. Math lecture tu AddMath,bukan math biasa -.- Memang patut laa aku jadi blurr untuk subject tu. Ish-3.. Kesian kat aku kan? Hmm,tak kesian ek? Takpala..Lagi kesian untuk orang yang tak dapat belajar mana-2. Tapi tak semestinya orang pergi sambung belajar dulu boleh genggam segulung IJAZAH. Jadi,jangan mudah nak judge orang sesuka hati,kita tak tahu masa depan orang lain macam mana kan. Ni haa,nak tayang sikit gambar-gambar sehari dua sebelum aku berhenti dari Matrik.  







Walaupun aku dah keluar dari matrik,mereka tetap dalam ingatan aku. Aku rindu kenangan bersama mereka,tapi aku tak rindu KMPh. hewhew  :D
Aku dah taktau nak tulis apa lagi,sorry kalau story ni nampak macam tergantung. Aku shortcut habis pendek dah ni. Hehehe. Btw,thanks for read guys! :)




Older Post | Newer Post