Bonjour!
D'boardFollow
ѕᴀʀᴀн oвѕᴇѕιcĸ


Take.A.Note


Jangan pernah menilai seseorang itu dari kisah silamnya dan janganlah kamu mematahkan semangat seseorang yang ingin berhijrah (kembali kepada fitrah) kerana mereka masih mempunyai hati yang mahu mencari redha Allah SWT.




. B U S I N E S S . R E V I E W .

FB PAGE : OBSESICK.Shope
Credit To


Blogskin Review : LOVE.STORY
Picture Of : WeHeartIt
Designed By : AINUN SARAH












Hijrah Diri
| Friday, February 21, 2014 | 0 comments
Assalamualaikum Ukhwah Fillah.

MasyaAllah, lama sungguh aku tak update blog ni. *Fuhhh fuhhh* banyak betul habuk + sawang + debu kat blog ni. Hahahaha. Mengada pulak aku ni. Okay, actually laa kan, aku just nak share story tentang diri aku yang sekarang. Ceritanya berbunyi begini . . . Pada suatu hari, aku telah . . . (sambung cerita) Hahahaha, k k, tau tak lawak. Okay, kali ni serius. Jom sambung baca lagi untuk perenggan yang seterusnya.

Alhamdulillah, diri aku yang kini dalam penghijrahan. Sungguh dulu aku jahil. Segalanya bermula dari hati (niat) kita sendiri sebenarnya. Kalau cantiklah hati kita, cantiklah diri kita begitu juga sebaliknya Astaghfirullahala'zim, sungguh hina diri aku pada zaman jahiliahku. Kini aku sudah kembali kepada fitrah yang sebenar, kembali menjadi "HAMBA ALLAH" yang mana akan meninggalkan segala laranganNya dan melakukan perkara yang disuruh olehNya. Aku mula mendekatkan diri kepada Allah tika aku sedih mahupun gembira, tak sama macam zaman jahil aku dimana aku hanya mencari Allah tika aku dalam kesedihan dan kesusahan. Allahu, sungguh aku khilaf setiap perbuatan aku sebelum ini. Biarlah itu hanya zaman silam bagi aku dimana aku masih terbuai dengan duniawi. Tapi sekarang, Alhamdulillah, bersyukur sebab Allah masih memberi peluang kepada hambaNya yang mahu untuk kembali kepada fitrah (hijrah diri).

Aku bukan nak kata diri aku ni bagus, sebab aku tahu aku pun tak bagus mana pun. Masih ada orang lain yang lebih bagus dari aku. Yaa, itu aku pasti. Tak salah kalau kita semua mencuba sebab dari mencuba juga kita akan dapat merasa. Dah merasa kita akan tahu nikmatnya apabila telah mencuba sesuatu yang tak pernah kita buat. 

Alhamdulillah, sekarang aku dah bergelar pelajar IPT, juga penghuni kamsis Polimas. Sejak masuk kamsis ni laa hati aku terdetik mahu berubah. Aku rasa seperti mahu dekatkan diri dengan Allah SWT, sebab bila aku rasa dekat dengan Allah, hati aku tenang, segala masalah aku boleh lupakan walhal belum selesai lagi. Dalam masa yang sama, aku belajar menutup auratku dengan sempurna. Alhamdulillah, hari demi hari aku selesa melakukannya malah aku masih amalkan di rumah. Aurat perempuan dari hujung rambut sehingga hujung kaki kecuali muka dan tapak tangan/tangan (wallahua'lam). Di luar sana,begitu ramai kaum hawa masih tidak menutup aurat walhal dalam kelas Ustaz/Ustazah selalu cakap pasal aurat lelaki mahupun perempuan. Tipulah kalau tak cakap sebab aku pun pernah sekolah juga dulu. huhuhu :3

Emm, setakat ni jela kot aku boleh share. InsyaAllah, masa akan datang aku akan share story lagi. Kalau boleh aku nak ajak korang yang sedang baca atau terbaca entry blog aku ni, marilah kita tutup aurat dengan sempurna. Kita jaga "AURAT" kita, Allah akan jaga diri kita. InsyaAllah. Sekian sahaja cerita dari aku. Jazakallahu Khairan Kasira.

Rasulullah SAW bersabda : "Seorang Muslim (yang sebenar adalah apabila) Muslimin yang lain selamat sejahtera daripada (kejahatan) lidah dan tangannya. Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan larangan Allah." - Riwayat al-Bukhari & Muslim



Older Post | Newer Post