Bonjour!
D'boardFollow
ѕᴀʀᴀн oвѕᴇѕιcĸ


Take.A.Note


Jangan pernah menilai seseorang itu dari kisah silamnya dan janganlah kamu mematahkan semangat seseorang yang ingin berhijrah (kembali kepada fitrah) kerana mereka masih mempunyai hati yang mahu mencari redha Allah SWT.




. B U S I N E S S . R E V I E W .

FB PAGE : OBSESICK.Shope
Credit To


Blogskin Review : LOVE.STORY
Picture Of : WeHeartIt
Designed By : AINUN SARAH












Mencari Hidayah Allah
| Thursday, February 27, 2014 | 0 comments
Assalamualaikum Ukhwah Fillah

30 minit yag lalu . . .
MasyaAllah, sungguh aku tak perasan tadi terpijak hp roomate aku sendiri. Pecah dia punya cermin housing hp tu, then aku jerit nama dia sebab rasa bersalah sangat. Dahla dia tengah tidoq, aku pulak p jerit nama dia sebab terkejut. Hmm, sorry my dear roomate, sungguh aku tak sengaja tadi, selalu dia charge hp kat bawah aku sempat elak kalau rasa nak terpijak tapi tadi. Hmmm, serius rasa bersalah sangat. Takpala, sanggup ganti balik sebab aku tak boleh tengok hp roomate aku tu, satgi dok mula rasa bersalah aku kat dia. Haishhh. *geleng kepala*

Hmm, itu yang terjadi pada 30 minit yang lalu. Rasa bersalah dok ada lagi ni.

Actually, aku nak share story sikit pasal semalam. Maklum laa, kat POLIMAS sekarang tengah adakan Fiesta Warna Warni. Alhamdulillah, macam2 program dan permainan ada, tapi aku lebih suka p majlis ilmu punya, nak "TOPUP" ilmu akhirat katakan. Heehee,. yang penting jangan ada sifat riak ketika menuntut ilmu, biar hati ini ikhlas dalam menuntut yeaa, sahabat2 ku :').

Semalam, ada wacana "Kedamaian Hubungan Antara Agama di Malaysia" yang disampaikan oleh Bro Shah Kirir Kalkulal Govindji. Bro Shah ni sudah memeluk Islam 18 tahun yang lalu, lebih kurang umur aku yang sekarang, kerana sebelumnya beliau adalah seorang penganut agama Hindu. Alhamdulillah, Allah memberinya hidayah. Tapi yang buat aku berbangga kepada orang seperti Bro Shah ni sebab diorang kalau nak peluk suatu agama lain mesti diorang kaji betul2 sampai jumpa jalan kebenaran. Yang paling buat aku bangga, diorang ni hebat bila kemukakan pasal kitab2 setiap agama dalam dunia ni siap hafal lagi surah ke-berapa,ayat ke-berapa, page berapa. Allahurabbi..Subhanallah, sungguh aku malu kepada mereka yang mualaf. Tapi aku, kita semua? Pernah ke nak hafal satu Al-Quran mahupun Hadis Rasulullah SAW? Kalau ada pun hanya segelintir orang Islam sahaja. Hmm,termasuk diri aku juga. Tepuk Dada Tanya Iman.

And then, last night punya cerita. Aku excited nak p dengar forum "Indahnya Malam Pertama". Aku tahu, mesti korang akan fikir aku ni galak gatai, padahal korang lagi galak "meghela" dari aku sebab aku tau, korang mesti akan kata malam pertama perkahwinan. Betul tak? Haaaa, kan aku dah agak dah, dok tau dah hampa ni, semua galak gatai meghela gedik megheyan semua ada. Hahhahhaha. Maaf, ada lawak kasar sikit. *Uhuk Uhuk* (cought) back to the story, aku excited nak p dengar forum tu bukan sebab tajuk tu, tapi sebab ada PU Fakhrul. Haaa, kes u excited tak sangga. Hehhe. Dalam masa yang sama memang nak dengar forum tu jugak, nak tau jugak apa benda yang dok "MALAM PERTAMA" tu. Tupptupp, ada orang call aku, dia habaq mai kata forum malam tadi tu pasal indahnya malam pertama di "ALAM BARZAKH". Haa, aku gena takpa, lagi aku suka dengar, boleh jugak menginsafkan diri yang sedang bergelora dek melawan nafsu dihati. Haaa, tudiaa ayat. Macam bajet warak pulak aku ni. Haishhh. Takpa kan? Untuk diri sendiri jugak. hehhe.

Alhamdulillah, forum semalam sangat best. 4 BINTANG aku kasi sebab tersangatlah best dan penuh dengan mesej. Ustaz Husam pun ada jugak, beliau seorang PB (Pendakwah Bebas). Ustaz Husam ni lawak sebenarnya, tau laa orang kodiang pun, habis keluar loghat orang kodiang. Hahhaha.. Apa2 pun forum semalam best sangat. And a big thanks to MMP of POLIMAS, sebab invite PU Fakhrul & PB Ustaz Husam. Itu juga salah satu cara nak tarik anak-anak muda sekarang menghadiri majlis ilmu. Allahurabbi, moga Allah memberkati kita semua juga meredhai setiap perjalanan hidup kita dunia akhirat.

Emm, yeaa yeaa aku tau. Macam ada lari tajuk sikit, tapi kesimpulannya, hidayah Allah itu memang perlu dicarai bukan ditunggu. Kalau tak cari macam mana Allah nak bagi. Haa, macam kerja laa. Mau tak kerja ada ka nak dapat gaji/upah? Nak tunggu orang suap? Emm, belum tentu 2x kiamat ada yang tolong suap. Maaf,ayat agak sentap lagi kasar..

 Emm,k arr, roomate marah laa pulak tulis blog panjang2. Deret dok kena perli dengan roomate. Jazakalllahu Khair. Wassalam



Older Post | Newer Post