Bonjour!
D'boardFollow
ѕᴀʀᴀн oвѕᴇѕιcĸ


Take.A.Note


Jangan pernah menilai seseorang itu dari kisah silamnya dan janganlah kamu mematahkan semangat seseorang yang ingin berhijrah (kembali kepada fitrah) kerana mereka masih mempunyai hati yang mahu mencari redha Allah SWT.




. B U S I N E S S . R E V I E W .

FB PAGE : OBSESICK.Shope
Credit To


Blogskin Review : LOVE.STORY
Picture Of : WeHeartIt
Designed By : AINUN SARAH












Hati - Hati
| Monday, April 14, 2014 | 0 comments
Asslamualaikum ukhwah fillah 
Heyya Fellas :)

Alhamdulillah, masih bisa menaip dan mampu mengarang ayat dalam blog yang daif ini. Hmm, dah lama tinggal, yang mana tengah baca tu, alhamdulillah, masih ada yang nak baca entri dalam blog aku ni. 

Untuk kali ni nak sembang-saran pasal "Hati-Hati". Hurmm, tau dak apa tu hati-hati? Masing-masing ada kefahaman sendiri. Termasuk jugak dengan aku. 

Nak cakap pasal hati-hati yang aku faham dan tahu hati jiwa orang muda. Yeahh, sebab aku juga masih berdarah lagi jiwa muda. Apa yang merunsingkan aku apabila melihat golongan sebayaku masih tak pandai hati-hati dalam bab hati. Haa, nampak macam pening kan? Takpa, memang saja nak bagi pening. Hehe, takdalah, lawak je. K k, serius laa ni. 

"Hati-hati ketika memberi hati kepada mereka yang mencuri hati takut kita terlupa akan Pemilik Hati ini."

Fahamkan ayat atas tu, dah faham baru boleh baca yang selanjutnya. Aku lebih tuju kepada kaum hawa sebab aku juga seorang hawa :)

Wahai sahabatku, kaum hawa,
Saat kita memberi hati kepada mereka yang mencuri hati ini, pernah tak kita terfikir.
" Apa jika aku berikan hati aku ini, masih adakah Allah dan Rasulullah dalam hatiku? "
" Allah redha tak kalau hati ini diberikan kepada si dia sebelum lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA,? "
" Boleh ke aku nak jaga hati dia sedangkan hati ibu ayah aku belum tentu aku dapat jaga dengan baik? "

Okay, itu hanya contoh ayat yang pernah aku terfikir sebelum ni. Aku pun taknak cakap bab hati karang tersalah, aku juga yang tanggung saham dosa. Allahurabbi, ampunkan aku Ya Allah. Tapi apa yang aku boleh simpulkan dari sini adalah Hati-hati ketika memilih hati takut hati sendiri yang tersakiti.

Aku juga berasa takut untuk memberikan hati ini kepada mereka yang belum tentu menjadi halal untukku kelak. Biarlah hati kita ini wahai hawa, diberikan kepada mereka yang layak juga yang dipilih oleh Allah untuk kita. Jodoh itu memang rahsia Allah, tiada siapa boleh menolak takdir itu. Jadi,berikanlah hatimu, wahai hawa saat dia sudah selesai melafazkan "Aku terima nikahnya . . ." kerana saat itu hubungan kita dengan si dia sudah halal, InsyaAllah juga dalam keredhaan Allah SWT.

**Kalau ada salah atau tak faham atau tak setuju atau yang ingin menegur aku, boleh terus direct tegur aku kat sini http://ask.fm/heyyasara







Older Post | Newer Post